Kucing
(Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor
kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah ketu
runan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada
tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu
daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen
atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu
peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka
campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela
jinak. Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu
ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan
ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan
diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain
sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang
berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau
tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung
dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berde
sis
dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan,
oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka
akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing
menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa
bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.